28 September 2011

Penyakit Sawan (EPILEPSY)


Penyakit Sawan (Epilepsi) Dan Rawatan Secara Islam

Epilepsi atau sawan adalah di antara penyakit yang sering terjadi di kalangan masyarakat. Epilepsi ini terjadi disebabkan terdapatnya cetusan elektrik yang berlebihan di sebahagian (epilepsi partial) atau keseluruhan otak (epilepsi general). Sakit sawan yang berpanjangan akan melibatkan kerosakan pada urat saraf pesakit itu.

Jenis-jenis sawan (epilepsi) :

Absence Attack – Menyebabkan pesakit hilang kesedaran dengan keadaan seolah-olah termenung dalam masa beberapa saat tetapi tidak rebah. Mata berkelip-kelip dan keadaan mata akan naik ke atas. ianya selalu menyerang kanak-kanak yang berusia 8 hingga 10 tahun.

Epilepsi Tonik – Mereka hanya jatuh tanpa sebab tertentu, dalam keadaan sedar mengadu kaki menjadi lemah. Ia menyerang kanak-kanak yang mempunyai tahap kecerdasan yang lembab.

Epilepsi mioklonus – Mereka yang terkejut secara tiba-tiba selepas bangun dari tidur. Keadaan kedua-dua kaki seperti tersentap. Amani mengalami masalah Epilepsy Mioklonus (Myclonic Epilepsy)

Punca-punca Penyakit Sawan (Epilepsi):

Akibat gangguan makhluk halus (jin).
Ketumbuhan otak.
Jangkitan otak.
Kecederaan otak.
Kelainan urat darah dalam otak.
Penyakit metabolik seperti kekurangan gula dalam darah.
Simptom:

Apabila terkena serangan mereka mengeluarkan bunyi yang kuat, hilang kesedaran dan rebah.
Mata menjadi celik, bergerak dan berpusing ke atas tetapi tidak dapat melihat sesuatu.
Otot-otot menjadi tegang dan kaku dan mengalami kancing gigi dan bibir kelihatan kebiruan. Pernafasan terhenti beberap ketika.
Selepas 20 – 30 saat, kedua-dua tangan dan kakinya akan bergerak dengan pantas dalam tempoh 30 saat hingga 1 minit.
Dalam keadaan tersebut pesakit tidak dapat mengawal saluran kencing, lidah mungkin tergigit dan mulut berbuih atau termuntah.
Selepas itu pesakit akan pengsan untuk beberapa minit.


Surah-surah yang dibaca sebagai ikhtiar mengubati penyakit EPILEPSY (Sawan):

Surah Al-Maidah 5 ; Ayat 67-75

Surah Furqaan 25 ; Ayat41-52

Surah Yunus 10 ; Ayat 48 -61

Surah An'aam 6 ; Ayat 112 -122

Surah As Safffat 37 ; Ayat 120 – 144

Surah Hud 11 ; Ayat 84 - 95

20 September 2011

Trip To Kuala Selangor tgk kelip-kelip








09 September 2011

Raya 2011 di Kedah

Our happy family ; Ayah, Ibu, Anis and Amani













Maktok and TokAyah













Ibu and kakak2 ibu and adik ibu bersama Maktok n TokAyah












Ibu, Anis and Amani bersama Maktok and Tok Ayah












All cousins