27 March 2006

Happy Birthday to Amani....

Tanggal 12/02/2006, Amani dah cukup setahun, dah ade gigi 7 batang, dah pandai merangkak, dah pandai panjat sofa, dah pandai merajuk, dah pandai berebut mainan dengan kakak dia, tapi dia still delay skit dari yg sepatutnya. Walaupun dia delay skit tapi dia sihat..alhamdullilah..

Plan asal nak le buat skit birthday party, tapi kesuntukan masa and hubby keje weekend tuh, aku just belikan sebijik kek, kek ada NEMO lagi, Anis yang pilihkan, itupun, dah lewat petang pegi carikkan. Acara memotong kek wat kat umah je disaksikan oleh ibu, ayah, kakak and bik...cian Amani, tapi dia tetap happy. Belum pun tiup lilin, kek dah ranap skit, kena cepuk dek Amani...dia excited kot tengok Nemo kat atas kek tuh..

Beriya-iya Anis nyanyikan lagu birthday kat adik dia..
Eppi besday tu you..
eppi besday to you..
eppi besday to adik..
eppi besday to you..

"kakak lak...:
eppi besday to you..
eppi besday to you
eppi besday to kakak..
eppi besday to you..

Aku rasa ade lah 5 kali si kakak yg meniup lilin tuh...Padam api, pasang balik api, tiup lagi...semata-mata nak bergambar nye pasal..Dah potong kek tuh, bagi jugak le kat jiran2 skit..itu jelah yg kitaorang mampu...

Sebelum tuh, on 09/02/06 kitaorang bawak Amani pegi appointment dengan Prof Ben, Neuro Surgeon. Prof Ben explained again pasal tumuor tuh..the location of the tumour and also the advantages and the disadvatages of the operation. Prof Ben nasihatkan seelok-eloknya operation tuh dilakukan dengan segera. Kitaorang tawakal jelah. Prof Ben kata, dia akan arrangekan operation and will call us dalam masa sebulan for the operation date..

Birthday Amani ari Ahad,12/02/06, then ari isnin tuh 13/02/05, Prof Ben called my hubby, Prof Ben beritahu yang Amani kena admit kat hospital on 15/02/03, ari Rabu and the operation will be on 17/02/06 (Friday) .

Tersentak jantung aku bila hubby beritahu..ya allah ya tuhan ku..kenapa cepat sangat nih..terus-terang aku katakan, aku tak prepare langsung mentally and physically..Memula aku terkejut yg operation tuh akan dijalankan dlm masa sebulan, bila Prof Ben called kata Friday tuh nak operate lagik le aku terkejut..macam nak pitam..Aku tak tahu apa yang aku pikir masa tuh. Sebenarnya aku takut, aku takut untuk hadapi kenyataan. Aku tak leh terima kenyataan yang anak aku ada tumour, aku takut tumour anak aku tuh cancerous, kalu cancerous, ape kah nasib anak aku tuh..aku takut anak aku tak sempurna lepas operation tuh..that's one of the complication, told by Prof Ben,,yelah..nak operate otak beb !!!...otak..bukan tangan, bukan kaki...bukan perut..tapi otak...benda yang control your whole body...

Hubby pujuk bagai nak rak..memang lah aku boleh dipujuk..tapi dalam kepala otak aku nih berserabut. Aku tahu operation adalah untuk kebaikan Amani, tapi aku takut. Aku sesak nafas memikirkan benda nih..kat opis aku tak leh buat keje..aku asyik menangis..luckily member2 semua paham, dan ramai yang memujuk aku, tak kira lelaki perempuan, diaorang datang bagi semangat dgn kata2 perangsang..diaoranglah tempat aku melepaskan tension aku nih..Dengan kata perangsang and semangat orang2 dikeliling akulah, aku leh meneruskan perjalanan hidup aku nih...

Aku applied cuti from 15/02/05 hingga ke 24/02/05..approved..kalu tak approve pun aku tetap akan cuti..lantak le..

Tahle..since aku dapat berita Amani nak kena operate, jiwa aku tak tenteram..migrane memanjang..actually aku dah lama tak migrane..hubby marah sbb aku dok memikir sangat benda nih..dia kata, kalu aku tak nak bagi Amani kena operate..tak yah le susah payah pegi hospital ari rabu tuh...aku jawab.."tak..tak...bukan aku tak nak amani kena operate, tapi aku takut..and aku tak tahu ape yang aku takut..."

Kenapa Tuhan balas kesalahan/kejahilan aku ke atas Amani..dia tak bersalah..kenapa dia yang kena tanggung semua nih....Benda nilah yang dok berlegar-legar di ruang minda aku...

1 Comments:

Blogger CPM RIZA said...

as a mother i can understand this situation very well.sedangkan anak demam sikit pun hati bule berdebak berdebuk.Inikan pula kalau operation. U guys are tough and great parents.Tak sume orang bole go thru this situation namely ME. Kuat sungguh semangat u and tabik spring sebab masih kuat utk terus mengharungi. Kekuatan mental kita dicabar hebat bila ianya melibatkan insan insan yang sangat penting dalam hidup kita, betul tak? Dan dari seorang wanita juga, u adalah yang paling layak digelar "IBU"...

1:32 AM  

Post a Comment

<< Home